KELEBIHAN PEROKOK

Assalamualaikumwarahmatullah c:

Selalu kita baca pasal keburukan merokok, kali ni jom kita terjah apa kelebihan2 perokok pulak okay wahai perokok yg dikasihi disayangi sekalian.

Antara kelebihannya, wait aa, wahai perokok sebelum korang melanjutkan bacaan ke seterusnya, hendak lah korang memulakan dgn bismillah. Ok, here we goo para perokok yg handsome tapi tak se handsome buah hati sy la, En Zainal.

Kelebihan merokok adalah ;

1. Menjadikan perokok seorang yang penyabar. Walaupun batuk-batuk dan tersedak sampai jantung rasa macam nak tercabut pergi rumah atok jiran paktam belah bapak dia, tetapi si perokok tetap akan bersabar dengan keadaannya dan meneruskan aktiviti merokok seperti biasa.

2. Tidak membazir duit. Duit yang dimiliki oleh perokok tidak akan terbazir begitu saja akibat dicuri pencuri kerana banyak daripada duit tersebut dilaburkan ke dalam pelaburan membeli rokok.

3. Mengawal populasi penduduk dunia. Penduduk dunia yang semakin hari semakin pesat bertambah bilangannya dapat dikawal daripada menjadikan bumi terlampau sesak dengan kematian awal golongan-golongan perokok.


4. Membuatkan bumi kelihatan hijau. Tanaman tembakau yang diperlukan untuk membuat rokok dapat menyuburkan lagi bumi dan membuatkan bumi sentiasa kelihatan hijau.


5. Menjadikan perokok awet muda. Mereka sentiasa akan menjadi muda kerana kebanyakan perokok mati di usia yang muda dan jarang yang hidup sampai ke usia tua.

6. Sikap peramah terbit dalam diri. Perokok sering merokok di kawasan-kawasan awam dan mereka selalu bersikap peramah dengan memberikan asap rokok percuma kepada semua orang walau pun tidak pernah kenal.


7. Jimat kos ubat nyamuk. Asap rokok yang dihembuskan boleh diguna untuk menghalau nyamuk-nyamuk daripada menggigit badan perokok tanpa menggunakan ubat nyamuk seperti ridsect-tak-beri-peluang.


8. Membantu meningkatkan gaji cleaner. Pakcik makcik cleaner senang hati dapat gaji overtime bila sepanjang masa ada saja puntung atau abu rokok yang perlu dibersihkan mereka.

9. Menambah pendapatan para doktor. Setiap hari pesakit yang disebabkan oleh rokok menjadi semakin bertambah dan ini menambahkan bilangan masa bekerja bagi para doktor seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.


10. Tidak perlu menghidu bau-bauan di jamban. Dengan menghisap rokok, perokok tidak akan terhidu bau tahi mereka sebaliknya mereka hanya akan terhidu bau asap rokok dan ini akan memudahkan lagi kerja mereka.

11. Melepaskan stress perokok. Orang yang menghisap rokok tahu bahawa mereka akan mati awal dan sebab itulah mereka kembali tenang kerana bila mereka sudah mati sudah tentu mereka tidak akan stress lagi.

12. Mandul. Apabila si perokok mandul, maka jimat duit si perokok daripada habis untuk membeli teddy bear utk anak perempuan yg comel kerana dah mandul mana boleh ada anak samdol.

Ok, banyak kan kelebihan merokok? Terus kan lah ok para perokok yg disayangi sekalian. Rugi kalau berhenti. Sebab byk kelebihan nya merokok ini. Salam syg dari sy, Tengku Izah. Hahaha biar ah nak tengku pun wekkk



Yang menawan,
Hamizah Zainal





FINAL EXAM

Hello loveliesss :(

I have a important test to take tomorrow as well. Tbh, it is extremely stressful :( I am asking all of you, to doa for me because esok Mathematic. Seriously, i noob math to the max. Noob gila weh. So, please pray to Allah to help me ya? Yey sayang you.

Hm, tapi rasa bersalah gila for praying hard during finals because I sometimes forget to pray when things are going great. Jahat gila kan? :( 

A friend of mine, hantar message. 'If you do not do well, do not mistake that for being God's will. He wants you to succeed in everything! So, if you did well than glory be to Him. If not, than you know it was on your part. The key thing here is prayer and studying hard.' Seriously, so deep and touched.

Hmm, btw the power of prayer does so many great miracles kan? So, goodluck to all of you ya? Im goin to mandi dah ucuukk gila weh. Ahahah bye gula hatii.



Yangohsem,
Hamizah Zainal

cuti semester

Olla ppl :3

Buat apa tu dah makan ke dah minum ke dah mandi ke dah berak? Beta sedang cuti sem ni. Assignment botingkek. Best sangat bila byk assignment ni, meningkatkan tahap kemalasan dalam setiap diri mahasiswi dan mahasiswa yg bergiat seni dalam bidang intelektual teh o ais satu ikat tepi.

Sesungguhnya barang siapa yg ada cadangan movie thriller apa yg best best minta pm beta laju laju pecut 100 km/s. Movie itu sangat penting untuk menjadi peneman di kala bulan sabit yg bergemerlapan menjadi saksi beta melakukan assignment yg sangat hmm tak terungkap oleh kata-kata.

Maka, tujuan beta kembali ke dunia blog ini selepas menghilang adalah untuk meleraikan setiap rindu yg wujud di dalam hati awak semua. BAHAHAHAHAHA aku stress aku stress aku stress. Adiosss.



Yang Ohsem,
Hamizah Zainal

Alhamdulillah.

Assalamualaikumwarahmatullah awak awak dan AWAK. :)

After waiting for three months, here comes the announcement of the result. And honestly my result isn't extremely good, but not very bad either. Hehe xP 

Well, sy puas hati nd happy sangat walaupun it's not flying colors, as long as I know I've already tried my best. Aite? Alhamdulillah, Allah bagi peluang kat sy untuk merasa A. Yayyyyy! 


Oh haa, the thing that soooo unpredictable was my SEJAGHOHH subject scored C+! Ohmakjemah ohmakjemah, I presumed it would be E or G. Masa tu i was likee, sejarah c+ oh ok. Eh C+ whatttttttttttttttttttttttt? Oh pengsan.


Btw, it's already over nd now it's time to decide where to further my studies. Kan? Cadangnya UITM lah, kalau dapat alhamdulillah sangat. 


Ok, itu je. Buat semua yg berjaya dgn cemerlang, beribu kali tahniah. Nd for those yg tak capai target, igt bad or good, itu semua Allah dah tentukan dan bersebab. Okey? Allah swt tahu apa yg baik atau tak buat hambaNya. :)





Yangohsem,
Hamizah Zainal




WEH PEROKOK

1. weh perokok, asal tak berhenti hisap rokok?

2. weh perokok, kau rela bayar duit nak beli rokok dari beli buku untuk sekolah?

3. weh perokok, ustazah cakap, kalau nak cari suami, kena cari yang tak merokok jadi kau dah out of list.

4. weh perokok, kami yang tidak merokok ni lebih terdedah kepada penyakit daripada kau yang merokok tu.

5. weh perokok, sudah-sudahlah.  kesian dengan kau. Paru-paru kau rosak gara-gara hisap rokok.

6. weh perokok, macam mana dengan ayah kau? mak kau? atok kau? nenek kau? pakcik sedara kau? nenek sedara kau? Kau tahu tak, dia orang tak suka kau hisap rokok.

7. weh perokok, entah hape dalam otak kau. Hentilah merokok! Sedih tahu tak. Ramai yang mati sebab hisap rokok. Mati itu memang takdir tapi bila kau hisap rokok, jangka hayat kau untuk hidup tak panjang.

8. weh perokok, sebulan beratus-ratus ringgit duit kau terbang sebab beli rokok. kalau sy ckp, ahh lantak kau lah! tapi kita kan sesama Islam. Mesti menegur. Kan?

9. weh perokok, bila kau rokok, gigi kau kuning, kuku kau akan rosak. Kau suka ke semua tu? eeee tak handsome.

10. weh perokok, ingatlah orang yang tersayang! Kalau kau tak mampu nak henti merokok sebab diri sendiri, kau berhentilah merokok sebab orang yang kau sayang.

11. weh perokok, taktau nak cakap apa dah. 

12. weh perokok, berhentilah merokok.

13. weh perokok, weh perokok weh perokok. BERHENTI MEROKOK.

14. weh perokok, kau tak takut mandul ke?


SAY NO TO  ROKOK! YOU KNOW ROKOK? ROKOK IS GULUNG GULUNG LETAK API SEDUT.  



Yang ohsem,
Mijah Jenal




dare to be !



When a new day begins, dare to smile gratefully.

When there is darkness, dare to be the first to shine a light.

When there is injustice, dare to be the first to condemn it.

When something seems difficult, dare to do it anyway.

When life seems to beat you down, dare to fight back.

When you’re feeling tired, dare to keep going.

When times are tough, dare to be tougher.

When love hurts you, dare to love again.

When the day has ended, dare to feel as you’ve done your best.

When there seems to be no hope, dare to find some.

At all times, dare to be!