Assalamualaikumwarahmatullah c:
Selalu kita baca pasal keburukan merokok, kali ni jom kita terjah apa kelebihan2 perokok pulak okay wahai perokok yg dikasihi disayangi sekalian.
Antara kelebihannya, wait aa, wahai perokok sebelum korang melanjutkan bacaan ke seterusnya, hendak lah korang memulakan dgn bismillah. Ok, here we goo para perokok yg handsome tapi tak se handsome buah hati sy la, En Zainal.
Kelebihan merokok adalah ;
1. Menjadikan perokok seorang yang penyabar. Walaupun batuk-batuk dan tersedak sampai jantung rasa macam nak tercabut pergi rumah atok jiran paktam belah bapak dia, tetapi si perokok tetap akan bersabar dengan keadaannya dan meneruskan aktiviti merokok seperti biasa.
2. Tidak membazir duit. Duit yang dimiliki oleh perokok tidak akan terbazir begitu saja akibat dicuri pencuri kerana banyak daripada duit tersebut dilaburkan ke dalam pelaburan membeli rokok.
3. Mengawal populasi penduduk dunia. Penduduk dunia yang semakin hari semakin pesat bertambah bilangannya dapat dikawal daripada menjadikan bumi terlampau sesak dengan kematian awal golongan-golongan perokok.
4. Membuatkan bumi kelihatan hijau. Tanaman tembakau yang diperlukan untuk membuat rokok dapat menyuburkan lagi bumi dan membuatkan bumi sentiasa kelihatan hijau.
5. Menjadikan perokok awet muda. Mereka sentiasa akan menjadi muda kerana kebanyakan perokok mati di usia yang muda dan jarang yang hidup sampai ke usia tua.

6. Sikap peramah terbit dalam diri. Perokok sering merokok di kawasan-kawasan awam dan mereka selalu bersikap peramah dengan memberikan asap rokok percuma kepada semua orang walau pun tidak pernah kenal.
7. Jimat kos ubat nyamuk. Asap rokok yang dihembuskan boleh diguna untuk menghalau nyamuk-nyamuk daripada menggigit badan perokok tanpa menggunakan ubat nyamuk seperti ridsect-tak-beri-peluang.
8. Membantu meningkatkan gaji cleaner. Pakcik makcik cleaner senang hati dapat gaji overtime bila sepanjang masa ada saja puntung atau abu rokok yang perlu dibersihkan mereka.

9. Menambah pendapatan para doktor. Setiap hari pesakit yang disebabkan oleh rokok menjadi semakin bertambah dan ini menambahkan bilangan masa bekerja bagi para doktor seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.
10. Tidak perlu menghidu bau-bauan di jamban. Dengan menghisap rokok, perokok tidak akan terhidu bau tahi mereka sebaliknya mereka hanya akan terhidu bau asap rokok dan ini akan memudahkan lagi kerja mereka.

11. Melepaskan stress perokok. Orang yang menghisap rokok tahu bahawa mereka akan mati awal dan sebab itulah mereka kembali tenang kerana bila mereka sudah mati sudah tentu mereka tidak akan stress lagi.
12. Mandul. Apabila si perokok mandul, maka jimat duit si perokok daripada habis untuk membeli teddy bear utk anak perempuan yg comel kerana dah mandul mana boleh ada anak samdol.
Ok, banyak kan kelebihan merokok? Terus kan lah ok para perokok yg disayangi sekalian. Rugi kalau berhenti. Sebab byk kelebihan nya merokok ini. Salam syg dari sy, Tengku Izah. Hahaha biar ah nak tengku pun wekkk
Yang menawan,
Hamizah Zainal